Redah Banjir Demi Kucing

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 9:22 PM

Muhammad Faruq Shabudi, 15, meredah banjir yang meninggi sehingga paras dada, sejauh 20 meter bagi menyelamatkan enam ekor kucing yang terperangkap di sebuah rumah yang ditenggelami air di Kampung Padang Serai, kira-kira pukul 4.30 petang Rabu.
Dia dan rakannya, Muhammad Shukri Zulkafli, 20, (kiri) terdengar bunyi bising di rumah itu sebelum mendapati beberapa ekor kucing sedang berusaha memanjat beranda rumah bagi mengelak terkena air.
 -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BERUAS: Dua orang remaja sanggup meredah air banjir separas dada mereka bagi menyelamatkan enam ekor kucing yang terperangkap di sebuah rumah di Kampung Padang Serai di sini petang Rabu.

Muhammad Faruq Shabudi, 15, dan Muhammad Shukri Zulkafli, 20, menyelamatkan kucing-kucing berkenaan yang dipercayai terperangkap sejak dua hari lepas apabila tuan mereka berpindah ke pusat pemindahan.

Muhammad Faruq berkata dia dan rakannya pada mulanya terdengar bunyi bising dari rumah tersebut sebelum mendapati beberapa ekor kucing sedang memanjat beranda rumah untuk mengelak daripada air banjir.

"Kami kemudian mengambil keputusan untuk meredah air sejauh 20 meter untuk memasuki kawasan rumah berkenaan sebelum mengambil kesemua kucing-kucing itu  yang berada di atas syiling rumah dan beranda.

"Mereka didapati dalam keadaan lapar dan kesejukan. Mereka kemudiannya dihantar ke pusat pemindahan dan kami berharap mereka akan berjumpa tuan mereka kelak," katanya ketika ditemui di Kampung Padang Serai.

Seramai 201 mangsa daripada 56 keluarga dari kampung berkenaan dipindahkan ke Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai sejak Isnin lalu.

Sementara itu seorang mangsa, Adila Mohd Ali, 35, berkata banjir di kampung berkenaan merupakan yang terburuk yang pernah berlaku sejak dia mula tinggal di situ kira-kira 10 tahun lalu.

Beliau berkata keluarganya berpindah ke pusat pemindahan dengan sehelai sepinggang selepas air banjir yang juga deras memasuki rumah mereka tanpa mereka sempat menyelamatkan barangan termasuk pakaian.

"Kami tidak sempat menyelamatkan apa-apa pun kerana sibuk menyelamatkan kedua-dua anak kami yang masing-masing baru berusia empat dan dua tahun.

"Baju, beg dan buku sekolah anak-anak kami yang lain turut dihanyutkan air banjir," katanya.

Tags / Kata Kunci: kucing , banjir 2017 , Beruas

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan