PPBM Temui PAS Februari Ini

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 5:17 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuka ruang rundingan kepada PAS walaupun sebelum ini telah memberi kata dua kepada parti Islam itu.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti yang diterajui Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menemui pemimpin PAS pada 2 Februari untuk memutuskan sama ada parti Islam itu akan menjadi sebahagian blok pembangkang atau sebaliknya.

Dr Mahathir berkata, PAS perlu mengorbankan objektif dan prinsip untuk memastikan sebarang kerjasama menjadi kenyataan.

"Ramai pemimpin PAS yang mahu mensabotaj usaha kami untuk bekerjasama dengan PAS. Mereka menyerang saya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Rabu.

Mukhriz yang turut berkata, dalam pertemuan dengan PAS sebelum ini, draf perjanjian kerjasama telah diserahkan kepada parti itu dan pertemuan pada Februari ini adalah untuk mendapatkan pengesahkan parti berkenaan.

PBBM telah mencadangkan supaya gabungan secara sah dibentuk bersama parti pembangkang lain, selain menjadi sebahagian Pakatan Harapan.

Dr Mahathir berkata, rangka kerja umum, logo, manifesto dan agihan kerusi akan dibincangkan bersama parti pembangkang supaya gabungan kecil dapat dibentuk.

"Kami telah menyertai pembangkang dan bersetuju untuk bersama gabungan parti pembangkang. Jadi cadangan akan dibuat untuk menunjukkan adanya perpaduan," katanya.

Sementara itu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu akan memastikan gabungan baharu itu didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan supaya ia mendapat pengiktirafan.

"Kami telah mendapat kerjasama, tetapi kini kami perlu cepat bertindak seperti menubuhkan sekretariat bersama," katanya.

Sebelum ini, PAS memaklumkan parti itu belum memutuskan sama ada akan bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya umum akan datang bagi mengelak pertembungan tiga penjuru bagi menentang Barisan Nasional.

Tags / Kata Kunci: PPBM , Mahathir , PAS

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan