Pasport Malaysia Jadi Cagaran Pinjam Ah Long

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 9:23 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasport Malaysia yang bernilai tinggi digunakan segelintir rakyat sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman daripada Ah Long.

Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, beliau menerima 30 aduan pada tahun lalu daripada mereka yang mendakwa kehilangan pasport tetapi kemudiannya mengaku menggunakan dokumen perjalanan itu sebagai cagaran untuk meminjam wang.

"Ini adalah satu kesilapan besar! Pasport adalah milik kerajaan dan ia merupakan satu keistimewaan, jadi jangan salah gunakannya," katanya.

Chong berkata, beliau tidak pasti sama ada pasport berkenaan digunakan untuk membuat salinan palsu.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa pasport Malaysia boleh ditawarkan pada harga yang menarik dalam pasaran gelap.

"Peminjam boleh mendapatkan pinjaman sehingga RM10,000 jika pasport dijadikan sebagai cagaran.

"Ini menunjukkan betapa berharga dan bernilainya pasport Malaysia," katanya, sambil menambah bahawa pasport hanya akan dipulangkan sebaik sahaja peminjam melunaskan hutangnya.

Chong memuji Kementerian Dalam Negeri kerana sentiasa menambah baik ciri keselamatan pada pasport Malaysia bagi membendung pemalsuan dokumen berkenaan.

Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya menyimpan pasport mereka di tempat yang selamat.

Menurut Indeks Pasport Arton Capital, Malaysia menduduki tempat kelima bersama Ireland, Kanada dan New Zealand, dengan 154 mata terkumpul Visa-Free Score (VFS).

VFS dikira berdasarkan keistimewaan tanpa visa dan visa semasa ketibaan. Lebih tinggi skor VFS, lebih banyak mobiliti global dapat dinikmati pemegang pasport.

Pemegang pasport Malaysia boleh menikmati akses tanpa visa ke 117 negara termasuk keistimewaan visa semasa ketibaan untuk 37 negara.

Pasport paling berkuasa di dunia adalah Jerman, dengan skor VFS 158. Pasport Jerman menyediakan akses tanpa visa kepada 124 buah negara dan 34 visa semasa ketibaan.

Singapura dan Sweden menduduki tempat kedua dengan skor VFS 157.

Tags / Kata Kunci: pasport , Michael Chong

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan