Jabatan Perhutanan Nafi Tahan 16 Orang Asli Di Kelantan

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 9:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia pada Rabu menafikan pihaknya menahan 16 Orang Asli di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Gua Musang di Kelantan, seperti yang disebarkan media sosial.

Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam jabatan itu Mohd Yussainy Md Yusop berkata anggota Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan sebenarnya hanya mengambil maklumat individu di kawasan HSK kerana tiada kesalahan yang dilakukan mereka.

"Berhubung isu sekatan jalan masuk di HSK Gua Musang baru-baru ini yang melibatkan Masyarakat Orang Asli, jabatan ingin menjelaskan bahawa pada 23 Januari 2017, sebanyak 14 sekatan jalan telah dirobohkan.

"Berikutan itu, lima Orang Asli telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 81(1)(g) Akta Perhutanan Negara iaitu kesalahan menceroboh HSK," katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Yussainy berkata semalam, pihaknya menahan seorang wartawan dan seorang jurukamera agensi berita asing kerana disyaki menceroboh HSK.

Beliau berkata penahanan itu dibuat bagi menjalankan siasatan kerana kesalahan memasuki HSK tanpa kebenaran mengikut Seksyen 47(1) Akta Perhutanan Negara 1984.

"Kertas siasatan telah dibuka bagi kes tersebut dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja prosedur siasatan selesai bagi menentukan sama ada kes ini boleh didakwa atau tidak," katanya.

Mohd Yussainy berkata siasatan yang dibuat mendapati wartawan berkenaan  mempunyai Pas Media Jabatan Penerangan yang tempohnya tamat pada 2013 dan tidak diperbaharui.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan laporan yang disebarkan media sosial hari ini adalah tidak benar dan berdasarkan sumber tidak sahih.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan