Cita-Cita Jadi TPM, Kit Siang Perlu Terus-Terang - Tengku Sariffuddin

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 6:24 PM

Lim Kit Siang

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu tahu sama ada penasihat DAP, Lim Kit Siang akan menyandang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan jika gabungan pembangkang diterajui parti itu memenangi pilihan raya umum akan datang.

Ketika menyatakan demikian, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata, hakikat bahawa DAP adalah parti yang mempunyai jumlah kerusi Parlimen terbanyak dalam Pakatan Harapan tidak boleh diketepikan.

Dan atas sebab ini, beliau berkata, parti itu pada hakikatnya mempunyai kedudukan yang dominan dalam pakatan pembangkang itu.

"Lim Kit Siang perlu berterus-terang mengenai perkara ini kerana rakyat Malaysia berhak untuk tahu mereka akan diperintah oleh siapa jika mengundi pakatan.

"Beliau harus memberitahu rakyat sama ada beliau menyimpan cita-cita politiknya untuk menjadi timbalan perdana menteri seperti yang diakui oleh Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) pada 19 Januari 2017," kata Tengku Sariffuddin dalam  kenyataan, Rabu.

Tengku Sariffuddin berkata, untuk berlaku adil kepada rakyat, mereka perlu tahu sama ada benar sebab Kit Siang mendekati PAS baru-baru ini adalah kerana beliau memerlukan sokongan PAS untuk mencapai cita-citanya menjadi timbalan perdana menteri.

"Jika ia sebaliknya, maka Lim Kit Siang harus membuat akuan berkanun yang menyatakan bahawa beliau menolak untuk menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan jika pakatan pimpinan DAP memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Rakyat berhak untuk mengetahui kebenaran mengenai cita-cita politik tanpa batasan beliau supaya mereka boleh membuat pilihan yang bijak sebelum mengundi," kata Tengku Sariffuddin.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan