Esscom Minta Patuhi Peraturan Semasa Bakar Mercun

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 1:15 PM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Semua pihak di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) dinasihati mematuhi peraturan sedia ada berkaitan pembakaran bunga api dan mercun semasa sambutan Tahun Baharu Cina hujung minggu ini.

Ketika mengeluarkan ingatan itu, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, mereka yang telah mendapat kelulusan bertulis penggunaan letupan bunga api dan mercun, perlu memaklumkan  kepada pihak berkuasa termasuk polis serta Pos Kawalan Keselamatan Hadapan di daerah masing-masing.

Mereka perlu memaklumkan tarikh, masa dan lokasi penggunaan letupan mercun dan bunga api kepada pihak berkuasa, katanya.

Wan Abdul Bari berkata, langkah itu bagi menjaga ketenteraman dan keselamatan awam selain mengelakkan kekeliruan kepada anggota Pos Kawalan Keselamatan Hadapan akibat daripada bunyi letupan mercun dan bunga api. - Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan