Beri Peluang SPRM Siasat Felda - Isa

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 5:09 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, beri peluang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan penyiasatan mengikut kebiasaannya berhubung dakwaan penyelewengan projek pemindahan teknologi penternakan ikan Sturgeon.

Beliau berkata sudah pasti pihak pengurusan Felda masa ini akan bekerjasama dalam memastikan penyiasatan itu berjalan lancar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai lima orang termasuk dua bekas pegawai kanan Felda ditahan SPRM semalam kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira ASD10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014.

Mohd Isa ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan kerusi roda oleh Encorp Bhd kepada Pusat Hemodialisis Mawar di sini, Rabu.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Encorp Bhd Datuk Zakaria Nordin dan Pengerusi Pusat Hemodialisis Mawar Datin Chua Lay Peng. Bekas pengerusi Felda itu berkata, beliau mengetahui mengenai perkara itu melalui surat khabar dan televisyen semalam.

Katanya apa yang dibuat oleh SPRM adalah untuk kebaikan semua.

"Jadi, biarlah pihak SPRM menjalankan tanggungjawabnya," katanya.

Mohd Isa berkata beliau percaya menjadi amalan biasa semasa pengalamannya, semua pegawai akan memberikan kerjasama di atas tindakan yang diambil.

"Bukan sahaja daripada pihak SPRM, tetapi bila ada audit memang semua akan memberikan kerjasama. Ia adalah suatu perkara yang biasa," katanya.

Pada majis itu, Mohd Isa menyampaikan 10 kerusi roda kepada pusat itu.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Isa Samad , Felda , SPRM

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan