Banjir Di Johor Semakin Buruk, 8,204 Mangsa Dipindahkan

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 8:36 AM

Anggota Bomba dan Penyelamat Johor menjalankan kerja menyelamat mangsa banjir di Taman Aman dan Taman Mawai, Kota Tinggi. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

JOHOR BARU: Jumlah mangsa banjir yang berada di 70 pusat pemindahan seluruh negeri terus meningkat kepada 8,204 orang daripada 2,427 keluarga, setakat pukul 7 pagi Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, daerah Segamat adalah kawasan yang paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa 6,609 orang membabitkan 2,012 keluarga berbanding 4,921 orang daripada 1,518 keluarga pada 10 malam Selasa.

Katanya, jumlah pusat pemindahan yang dibuka di daerah itu turut bertambah kepada 50 berbanding 40 sebelum ini. 

Di Tangkak, seramai 157 mangsa daripada 41 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan termasuk dua yang baru dibuka iaitu Sekolah Agama Simpang 5 Darat dan Sekolah Kebangsaan Bekoh.

Di Johor Baru pula, seramai 88 mangsa daripada 24 keluarga berada di dua pusat pemindahan, katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Menurut beliau, di Kota Tinggi, seramai 1,003 mangsa daripada 249 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan, manakala di Kluang membabitkan 135 mangsa daripada 35 keluarga di empat pusat.

Bagi Batu Pahat, seramai 11 mangsa daripada tiga keluarga berada di sebuah pusat, Mersing (111 mangsa daripada 39 keluarga di sebuah pusat) dan Muar (90 mangsa daripada 24 keluarga, juga di sebuah pusat).

"Secara ringkasan, bilangan daerah yang terjejas adalah lapan kecuali Kulai dan Pontian," katanya. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan