Pengerusi Kumpulan AMMB Azman Hashim Rancang Bersara

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 7:03 PM

Tan Sri Azman Hashim

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi AMMB Holdings Bhd Tan Sri Azman Hashim merancang untuk bersara daripada kumpulan itu dan beberapa entiti lain dalam tempoh dua tahun akan datang.

Bagi entiti AmMetLife Takaful Bhd, beliau akan bersara pada akhir Februari tahun ini, AmBank Islamic Bhd (akhir April), AmMetLife Insurance Bhd (akhir Disember), AmGeneral Insurance Bhd (akhir Disember), AmBank (M) Bhd (akhir Disember 2018) dan AmInvestment Bank Bhd (akhir Disember 2018).

"Azman yakin sudah sampai masanya untuk beliau memulakan pelan peralihan kepimpinan dalam entiti berkenan," kata AMMB dalam makluman kepada Bursa Malaysia Rabu.

Kenyataan itu menyebut Azman, yang sudah membuat perubahan dalam pengurusan kanan kumpulan, akan kekal sebagai Pengerusi AMMB dan memberi tumpuan ke atas inisiatif strategik bagi mengukuhkan kumpulan tersebut.

"Sepanjang 35 tahun lepas, Azman menjadi nadi dalam membangunkan kumpulan itu sehingga kepada kedudukannya hari ini.

"Beliau merupakan pengerusi contoh dalam entiti terbabit. Peralihan dan pelan penggantian merupakan satu lagi bukti pandangan kehadapan beliau dalam mengukuhkan pertumbuhan kumpulan untuk dekad-dekad akan datang," katanya.
Tags / Kata Kunci: Ambank Group , Tan Sri Azman Hashim

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan