Ibu Harap Anak Hilang Dalam Banjir Ditemui

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 7:15 PM

Mohd Fais Syafiq Hassan, 21, dikhuatiri hilang dalam kejadian bot terbalik di Kampung Tengah, Segamat, Selasa.

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Ibu kepada Mohd Fais Syafiq Hassan, 21, yang hilang dalam kejadian bot terbalik di Kampung Tengah dekat sini, Selasa berharap anaknya dapat ditemui segera.

Suzirah Basar, 46, berharap pasukan mencari dan menyelamat menemui anaknya dalam keadaan selamat.

"Mak cik harap Fais selamat," katanya ketika ditemui Bernama Rabu.

Menceritakan detik kejadian itu, adik mangsa Norhaslizah Nordin, 16, berkata abangnya memberitahu dia ingin pergi menyelamatkan barang-barang di rumah mereka yang ditinggalkan akibat banjir.

"Abang beritahu dia nak pergi main air sekejap dan saya tidak sangka perkara buruk menimpa abang," katanya.

Mohd Fais dilapor menaiki bot bersama bapa saudara, sepupunya serta dua rakannya dari rumahnya di Jalan Pemuda, Kampung Tengah untuk menyelamatkan barangan yang ditinggalkan.

Bot terbabit kemudiannya dikatakan bergesel dengan dua lagi bot lain sehingga menyebabkan bot berkenaan dimasuki air dan terbalik.

Empat penumpang bot itu sempat diselamatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang berada di tempat kejadian, manakala mangsa dihayutkan arus deras.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supt Raub Selamat ketika dihubungi berkata operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada pukul 5.30 petang Rabu dan akan disambung semula 7 pagi esok.

"Sehingga kini kawasan pencarian sekitar radius tiga kilometer dari tempat kejadian dan kita masih belum menjumpai mangsa walaupun pasukan penyelam skuba dari pasukan bomba melakukan selaman sedalam 12 kaki," katanya.
Tags / Kata Kunci: hilang anak , banjir Segamat , Kampung Tengah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan