Video Kedua Selepas Insiden Pemandu Lori Dipukul Jadi Viral

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2017 7:50 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiga lelaki dikesan dalam rakaman video berhubung insiden mengasari seorang pengawal keselamatan di pondok pengawal sebuah kondominium di Ampang.

Namun masih belum dipastikan sama ada tiga individu berkenaan adalah antara mereka yang terlibat memukul seorang pemandu lori di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Ampang pada 14 Januari lalu.

Rakaman kedua-dua insiden itu mempunyai beberapa persamaan iaitu sebuah kereta berwarna cerah diletakkan di hadapan palang besi bersebelahan dengan pembahagi jalan berwarna kuning.

Klip video 56 saat itu yang dikongsi melalui Twitter sejak Ahad malam menunjukkan kumpulan lelaki berkenaan bercakap dengan pengawal keselamatan dengan nada yang tinggi.

Seorang lelaki yang memakai baju biru, topi dan cermin mata hitam dilihat menarik baju pengawal keselamatan itu dan mengheretnya keluar dari pondok pengawal.

Dia kemudian menendang kaki pengawal itu.

Dalam kejadian 14 Januari lalu, seorang pemandu lori Nasrul Faiz Zulfahmi diserang dengan kejam di kondominium itu selepas dia secara tidak sengaja melanggar sebuah Mercedes Benz yang diletakkan di belakang lorinya.

Pelanggaran itu menyebabkan nombor plat kereta itu jatuh dan meninggalkan sedikit kesan calar.

Tags / Kata Kunci: Kes Pukul

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan