Taklimat Waris MH370 Selepas Tahun Baharu Cina

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2017 12:29 PM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Waris penumpang dan kru pesawat malang, MH370 akan diberi taklimat berkaitan misi pencarian penerbangan itu selepas Tahun Baharu Cina, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menteri Pengangkutan itu berkata, Malaysia Airlines (MAS) akan mengatur pertemuan itu termasuk lokasinya.

"Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) bersetuju untuk menghantar pakar bagi menjelaskan secara terperinci kepada ahli keluarga mangsa," katanya selepas program jelajah mesra di sini, Selasa.

Tiong Lai baru pulang dari Perth, Australia di mana beliau menerima Fugro Equator, salah sebuah kapal yang terlibat dalam pemetaan di dasar laut Lautan Hindi.

Beliau berkata, pencarian secara besar-besaran untuk pesawat yang hilang meliputi 120,000 kilometer persegi untuk tempoh tiga tahun telah digantung sementara.

Bagaimanapun, proses analisa data dan gambar yang dirakamkan sepanjang operasi itu akan diteruskan.

Tambah Tiong Lai, pasukan respons yang diketuai Jabatan Penerbangan Awam akan dibentuk untuk mengendalikan hal berkaitan MH370.

Pasukan itu akan turut disertai Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar, MAS dan beberapa agensi lain.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dan kru hilang dari radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Tags / Kata Kunci: MH370 , Liow Tiong Lai

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan