PAS Tidak Mahu Dikhianati Lagi - Aziz Kaprawi

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2017 1:29 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi menyampaikan cenderahati kepada pengguna jalan raya ketika majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2017 di Plaza Tol Mines Selatan, Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi yakin PAS tidak akan menerima pelawaan untuk bekerjasama dengan DAP kerana parti Islam itu tidak mahu dikhianati lagi.

Ab Aziz berkata, pelawaan DAP hanya menyaksikan 'pusingan U' berikutan parti itu sebelum ini mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PAS.

"Ini u-turn (pusingan u) DAP. Dulu dia yang 'keluarkan' PAS. Kalau nak pikat balik PAS, dia tidak mempunyai prinsip yang jelas.

"Saya rasa PAS tidak mahu dikhianati kali kedua. Saya yakin pihak PAS tidak akan terima pelawaan DAP kerana sebelum ini telah mengkhianati PAS," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2017 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Plaza Tol Mines Selatan di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Ahad lalu menyuarakan kesanggupannya untuk bekerjasama sekali lagi dengan Presiden PAS sekiranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia.

Ab Aziz yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan berkata, pelawaan itu hanya akan menimbulkan ketegangan dalam pakatan pembangkang berikutan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad menolak untuk bekerjasama dengan PAS.

"Pelawaan DAP itu hanya akan mewujudkan pertelagahan dalam pakatan pembangkang," katanya.

Dilaporkan, Dr Mahathir bersedia menutup sebarang pintu rundingan dengan PAS ekoran keengganan parti Islam tersebut bekerjasama dengan parti sekutu PPBM dalam pakatan pembangkang.

Sebelum ini, DAP mengambil keputusan menamatkan hubungan dengan Abdul Hadi berikutan tindakan PAS yang bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan, selain menuduh Abdul Hadi sebagai pemimpin yang tidak bermaruah dan tidak jujur.

Tags / Kata Kunci: Aziz Kaprawi , PAS , DAP

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan