3,344 Mangsa Banjir Kini Di 24 Pusat Pemindahan Kelantan

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2017 9:08 AM

Mangsa banjir, Muhammad Saiful Mohd Nasir, 27, memeriksa ayam peliharaan yang sempat diselamatkan ekoran banjir di Kampung Pasir Tumboh. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat sedikit kepada 3,344 orang setakat 8 pagi Selasa berbanding 3,325 orang malam tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di 24 pusat pemindahan yang dibuka di Jajahan Kota Bharu, Pasir Puteh, Pasir Mas dan Kuala Krai.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi aplikasi infobanjir menyatakan 2,573 orang daripada 712 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan di Jajahan Pasir Puteh, 570 mangsa (202 keluarga) ditempatkan di sembilan pusat pemindahan di Jajahan Pasir Mas.

Sejumlah 157 orang (54 keluarga) ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Jajahan Kota Bharu manakala 44 orang (10 keluarga) berada di dua pusat pemindahan di Kuala Krai.

Menurut portal ebanjir.kelantan.gov.my, Sungai Golok di Rantau Panjang kini di paras 9.64 meter (m) berbanding 9.83m malam tadi, yang melepasi paras bahaya iaitu 9.00m.

Tags / Kata Kunci: Banjir , Kelantan

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan