Liow Kesal Tun M Main Sentimen Perkauman

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2017 3:24 PM

Liow menjawab soalan pemberita selepas majlis Penyampaian Cek Sumbangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khai Mun Pagi Selasa. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Selasa menyelar tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana memainkan sentimen perkauman dalam projek pembangunan oleh kerajaan.

Presiden MCA itu juga menyifatkan tindakan Dr Mahathir memperalatkan projek pembangunan Forest City di Iskandar Malaysia, Johor dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bagi meraih sokongan sebagai 'situasi yang menyedihkan'.

"Saya kesal Tun M (Dr Mahathir) menjadikan isu ini menjadi isu perkauman terhadap China dan orang Cina. Kami hormat beliau sebagai seorang pemimpin namun hari ini dia telah berubah.

"Beliau tidak boleh menggunakan pendekatan perkauman dan ia menjadi lebih buruk kerana DAP turut memainkannya. Mereka cuba melabel MCA sebagai ejen China dan mewujudkan persepsi bahawa ini merupakan satu isu perkauman," katanya selepas menyampaikan sumbangan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khai Mun Pagi di sini, Selasa.

Sehubungan itu, Liow berharap rakyat Malaysia sebagai masyarakat yang bijak dan menerima keharmonian serta kepelbagaian kaum dan agama untuk menolak pemimpin yang menggunakan isu perkauman bagi meruntuhkan hubungan dua hala antara negara.

"Pelaburan dari China penting kepada pertumbuhan ekonomi negara dan mereka tahu mereka perlu mengikut undang-undang Malaysia jika mereka mahu membuat pelaburan di sini. Kami juga akan memastikan kepentingan rakyat Malaysia sentiasa dijaga dan dipelihara.

"Apabila Tun M menggunakan isu perkauman dan terlalu terikat dengan agenda politik dalam isu ini, saya merasakan beliau telah tersalah hala tuju kerana untuk menjadi sebuah negara yang maju, kita memerlukan pelaburan," kata Liow.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan 'menyerang' kerajaan menggunakan isu Forest City dan ECRL apabila menyifatkan pelaburan itu seperti menggadai kedaulatan negara kepada China untuk tempoh jangka panjang.

Sementara itu, mengulas perkembangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, Liow berkata sebuah pasukan bertindak akan diwujudkan bagi menguruskan hal ehwal berkaitan pesawat itu pada masa depan.

Katanya, pasukan itu yang diketuai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengendalikan maklumat dan serpihan serta analisis yang ditemui selepas operasi pencarian digantung pada 17 Jan lalu.

Pesawat MH370 jenis Boeing 777-200 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac 2014.

Operasi pencarian yang melibatkan Malaysia, Australia dan China dihentikan selepas operasi pencarian terakhir di selatan Lautan Hindi seluas 120,000 kilometer persegi tidak menemui maklumat terbaru. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Liow Tiong Lai , MCA , Dr Mahathir

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan