Jawatankuasa Pemandu Tunggu Tarikh Bincang Laporan Jawatankuasa Teknikal - Nancy

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2017 10:36 PM

Nancy Shukri.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Pemandu bagi Penurunan Kuasa masih menunggu tarikh untuk membincangkan mengenai laporan Jawatankuasa Teknikal, kata pengerusi bersama jawatankuasa itu Datuk Seri Nancy Shukri.

Nancy, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata Jawatankuasa Pemandu mengenai Penurunan Kuasa, yang ditubuhkan untuk membincangkan penurunan kuasa kepada Sarawak dan Sabah, telah bermesyuarat untuk kali ketiga dan terakhir pada 1 Disember tahun lepas (2016).

Bagaimanapun, beliau berkata jawatankuasa pemandu, yang juga dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, masih menunggu bagi sekretariat, Jabatan Peguam Negara, mendapatkan tarikh yang sesuai untuk jawatankuasa pemandu bermesyuarat dan membincangkan mengenai laporan Jawatankuasa Teknikal.

Antara perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ialah Kewangan; Eksplorasi Minyak, Perlombongan dan Gas; Perundangan; Tanah dan Hasil daripada Tanah; Persekutuan dan Kerja Raya Negeri; Pendidikan dan  Buruh; dan Perkhidmatan Awam Negeri.

"Sesetengah isu-isu tersebut adalah sangat teknikal, oleh itu ia mengambil masa untuk anggota Jawatankuasa Teknikal bersetuju mengenainya," kata beliau dalam satu kenyataan pada Selasa.

Anggota Jawatankuasa Teknikal terdiri daripada para pegawai dari kerajaan Persekutuan dan daripada kerajaan negeri Sarawak dan Sabah. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: Pemandu , Nancy Shukri

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan