AirAsia X Dapat Pelepasan FAA Untuk Terbang Ke AS

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2017 2:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia X menerima pelepasan daripada Lembaga Penerbangan Persekutuan (FAA) untuk terbang ke mana-mana destinasi di Amerika Syarikat (AS), sekali gus menerokai pasaran baharu yang melangkaui Asia Pasifik.

"Syarikat penerbangan itu menjadi syarikat penerbangan tambang murah Asia pertama yang mendapat kelulusan untuk mengendalikan pesawat penumpang ke AS," katanya pada Selasa.

AirAsia X sedang mempertimbangkan penerbangan ke beberapa negeri di AS termasuk Hawaii sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan laluannya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kamarudin Meranun berkata ia adalah satu kejayaan besar bagi AirAsia X.

"Pengembangan laluan kami sehingga hari ini tertumpu kepada Asia, Australasia dan Timur Tengah dan kami teruja dengan kemasukan pertama kami ke pasaran baharu kerana kami mengintai laluan menjangkaui Asia Pasifik.

"Saya yakin pelancong akan memberi reaksi balas yang baik kepada perkhidmatan kami dan laluan yang boleh kami tawarkan. Sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan, kami juga sedang cuba untuk meneruskan laluan ke London dan berusaha mendapatkan kelulusan yang diperlukan," katanya.

Kamarudin berkata semua ini tidak dapat dilaksanakan tanpa kakitangan AirAsia X (Allstars) terutamanya ketua pegawai operasi kumpulan, Anaz Ahmad Tajuddin yang meninggal dunia, dua minggu lalu.

"Kami tidak akan berada di tahap ini hari ini jika tidak kerana usaha keras beliau. Keberanian beliau melawan penyakit kanser, menunjukkan kita makna sebenar kekuatan. Ini untuk anda, Anaz," katanya.

Fly-Thru membenarkan penumpang berhubung ke mana sahaja dalam rangkaian luas AirAsia dengan hanya satu perhentian di Kuala Lumpur, Malaysia dan beberapa hab transit sesuai di Thailand dan Indonesia tanpa perlu melalui pemeriksaan Imigresen dan bagasi penumpang disemak melalui destinasi terakhir.


Tags / Kata Kunci: AirAsia X , FAA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan