JPJ Nafi Keluar Arahan Larang Perbaharui Cukai Jalan Uber, GrabCar

Diterbitkan: Isnin, 23 Januari 2017 5:36 PM

Gambar fail.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemandu dan kenderaan yang terlibat dengan perkhidmatan Uber dan Grabcar tidak akan disenarai hitam asalkan mengikuti prosedur sedia ada serta memiliki insurans yang sah. 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan di sini Isnin berkata, dakwaan kononnya pemandu Uber dan Grabcar dilarang memperbaharui cukai jalan kenderaan masing-masing adalah tidak benar sama sekali.

"JPJ menafikan laporan yang tular di media sosial WhatsApp baru-baru ini bahawa kenderaan yang terlibat dengan kegiatan Uber dan Grabcar adalah dilarang memperbaharui cukai jalan," kata kenyataan itu. 

Menurut kenyataan itu, laporan yang kononnya dikeluarkan oleh Ketua Pengarah JPJ dan ditularkan ke media sosial berhubung arahan berkenaan boleh mengelirukan banyak pihak. 

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada berhubung sebarang maklumat yang diperoleh dan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mereka boleh merujuk terus kepada jabatan ini serta tidak terbabit menyebarkan maklumat palsu," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Uber , GrabCar

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan