KPDNKK Kumpul Maklum Balas Pembekal Isu LPG - Hamzah

Diterbitkan: Isnin, 23 Januari 2017 8:29 PM

Hamzah Zainudin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memuktamadkan langkah penguatkuasaan bagi mengelak masalah ketirisan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, langkah itu akan dilaksanakan selepas menerima cadangan penambahbaikan daripada pembekal bahan bahan bakar itu di negara ini.

"Dalam mesyuarat yang kita adakan pada hari ini, saya telah mengarahkan supaya semua pemain industri melihat semula model perniagaan mereka. 

"Mereka sepatutnya tidak hanya membekalkan gas tapi juga perlu memastikan bagaimana menjadi pembekal perkhidmatan yang lebih baik, seperti tahu di mana bekalan itu untuk dihantar sama ada untuk kegunaan isi rumah atau restoran," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Sektor Perkhidmatan Kewangan Koperasi 2016-2020 di sini, Isnin.

Hamzah berkata, kementeriannya memberikan tempoh dua minggu bagi kesemua enam peserta industri yang terlibat dalam membekalkan gas LPG untuk menyiapkan cadangan berkenaan.

Pada Ahad, akhbar tempatan melaporkan penggunaan LPG bersubsidi tidak terkawal dalam kalangan pengguna industri dan peniaga membuatkan kerajaan kerugian ratusan juta ringgit setahun yang sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan negara.

Laporan itu juga menyebut subsidi itu bukan sahaja ‘dirompak’ peniaga dengan mengambil hak pengguna, malah mereka turut mengenakan caj berlebihan terhadap makanan dan minuman yang dibeli. - Bernama

Tags / Kata Kunci: KPDNKK , LPG , Hamzah Zainudin

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan