Inisiatif Jadikan Rukun Negara Mukadimah Perlembagaan Dilancar

Diterbitkan: Isnin, 23 Januari 2017 4:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekumpulan ahli akademik dan aktivis pada Isnin melancarkan inisiatif untuk menjadikan Rukun Negara sebagai mukadimah kepada Perlembagaan Persekutuan.

Inisitiaf itu dikenali sebagai Ruku Negara Mukadimmah Perlembagaan (RMP) yang bermatlamat antaranya menjadikan dokumen negara itu sebagai garis panduan kepada penggubalan undang-undang negara.

Pengerusi RMP, Dr Chandra Muzaffar berkata, Rukun Negara telah diketepikan, sehingga memberi laluan kepada amalan lain yang menjejaskan perpaduan dan integriti negara.

"Jika amalan ini berterusan pada masa akan datang, karakter negara kita akan berubah.

"Sebab itulah kita rakyat Malaysia perlu mengingatkan diri sendiri mengenai Rukun Negara dan betapa pentingnya ideologi ini secara menyeluruh dan masyarakat inklusif," katanya pada majlis pelancaran di Institut Integriti Malaysia di sini, Isnin.

Rukun Negara merangkumi lima prinsip iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan.

RMP digerakkan oleh lebih 100 individu berpengaruh di kalangan masyarakat awam, termasuk pakar perlembagaan, Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi; ahli akademik, Prof Dr Tan Chong Tin; peguam, Firdaus Husni serta aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir dan Zainah Anwar.

Kumpulan itu mengalu-alulkan rakyat Malaysia supaya tampil menyokong pergerakan itu menerusi tandatangan selama tiga bulan sehingga 30 April.

Tandatangan yang dikumpulkan itu akan dipersembahkan kepada persidangan Majlis Raja-Raja dengan harapan raja-raja akan menasihatkan Kabinet dan Parlimen bagi menjadikan Rukun Negara sebagai mukadimah kepada Perlembagaan Persekutuan.

Rukun Negara dibentuk oleh Majlis Perundangan Negara sebagai ideologi untuk mewujudkan satu platform yang sama untuk kepelbagaian masyarakat Malaysia yang hidup bersatu padu.

Tags / Kata Kunci: Rukun Negara , Chandra Muzaffar

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan