Insiden Bogel Bukan Pertama Kali - Penduduk Resort

Diterbitkan: Isnin, 23 Januari 2017 10:23 PM

Rozzana menunjukkan lokasi padang permainan dari beranda rumahnya di mana 39 peserta bertindak melampau dengan berbogel dalam satu aktiviti dalam program kem motivasi yang dianjurkan oleh sebuah syarikat swasta Sabtu lepas. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Insiden pengunjung berbogel dan berkelakuan tidak sopan di sebuah resort di sini Sabtu lalu bukan kejadian pertama, malah kejadian serupa pernah berlaku beberapa bulan lalu.  

Pengerusi jawatankuasa penduduk kawasan itu, Rozzana Chung Abdullah, 59, mendakwa beliau pernah melihat ratusan peserta mandi tanpa segan silu termasuk ada yang berbogel pada satu penganjuran acara sukan di situ. 

"Hampir 1,600 individu menyertai acara itu. Mereka mendirikan khemah dan tandas sementara.  

"Bilik tidur saya berdepan padang permainan itu, menyebabkan saya dapat melihat dengan jelas mereka hanya memakai seluar dalam dan ada yang berbogel semasa mandi secara terbuka," katanya semasa ditemui di rumahnya di sini, Isnin.

Rozzana menambah sebelum ini, sebuah syarikat lain juga pernah menganjurkan kem motivasi di lokasi yang sama.  

Antara pengisiannya ialah acara merebut bola yang dakwanya, ada peserta lelaki mengambil peluang memeluk peserta perempuan. 

Menceritakan kembali kejadian pada petang Sabtu lalu, Rozzana berkata, penghuni di situ tidak dimaklumkan mengenai penganjuran kem motivasi itu kerana ia adalah urusan resort berkenaan, yang merupakan pemaju pusat peranginan itu.  

Beliau menambah, penganjuran aktiviti sukan dan kem motivasi sudah menjadi kebiasaan kepada mereka, termasuk penganjuran kem motivasi kontroversi itu anjuran sebuah syarikat. 

"Saya hanya sedar tentang penganjuran kem itu apabila mendengar muzik yang kuat sekitar pukul 3 atau 4 petang memandangkan balkoni rumah saya menghadap padang permainan itu, tetapi saya tidak begitu mengendahkannya. 

"Bagaimanapun pada pukul 6 petang, ketika hendak membuang sampah saya melihat jiran ketawa dan apabila ditanya mereka memaklumkan ada ramai lelaki yang sedang berbogel di padang," katanya.

Tambahnya, selaku pengerusi jawatankuasa penduduk, beliau menerima banyak pertanyaan daripada penghuni resort itu yang juga marah dengan kejadian itu sama ada menerusi Whatsapp atau panggilan telefon. 

"Ini bukan hanya resort tapi juga kawasan perumahan. Ada di antara kami mempunyai anak kecil. Kawasan itu pula adalah padang permainan. Saya tidak faham perangai sebegitu. 

"Saya sendiri merasa tidak selamat dengan persekitaran sebegitu menyebabkan saya segera menghubungi saudara mara dan menasihatkan mereka supaya tidak membenarkan anak mereka bergaul dengan sembarangan orang," kata beliau.  

Katanya, terdapat 776 unit rumah di situ, namun hanya kira-kira 100 keluarga tinggal secara tetap di situ, manakala yang lain menjadikan kediaman itu sebagai rumah persinggahan hujung minggu.  

Seorang pekerja penyelenggara unit kediaman penduduk kawasan itu Mohd Azmi Ismail, 32, setuju dengan kenyataan Rozzana tentang perkara itu. 

"Pihak penganjur yang mengadakan acara di sini tidak pernah menghormati privasi penduduk, ada yang memasang muzik yang kuat, minum alkohol sehingga mabuk tanpa mempedulikan sensitiviti penduduk beragama Islam di sini, selain membuang sampah merata-rata. 

"Sepatutnya kejadian berbogel ini tidak berlaku di negara kita yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi," katanya. 

Sementara itu, semasa tinjauan dilakukan Bernama di kawasan kejadian, seorang lelaki berusia 50an dipercayai pengurus kawasan resort tersebut menghampiri wartawan dan menghalang daripada mengambil gambar kawasan itu.   

Beliau mengugut akan mengambil tindakan undang-undang jika gambar kawasan itu disiar kerana dakwanya kawasan itu milik persendirian. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan