Blok Ketiga Pembangkang Proksi BN - Amanah

Diterbitkan: Isnin, 23 Januari 2017 5:01 PM

Salahuddin Ayub.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Dalam serangan secara jelas terhadap PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, pihak yang mendakwa sebagai 'blok ketiga pembangkang' merupakan proksi kepada musuh politik mereka, Barisan Nasional.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, kewujudan blok ketiga pembangkang merupakan 'operasi sulit' untuk memecahkan pakatan pembangkang sedia ada.

PAS menggelarkan mereka sebagai blok ketiga pembangkang ketika ia mula bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pada Mac 2016 susulan persengketaan dengan DAP yang akhirnya menyaksikan Pakatan Rakyat berkubur.

"Amanah, bersama-sama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan akan menjelajah ke seluruh negara secara besar-besaran untuk memaklumkan kepada rakyat mengenai blok pembangkang ketiga adalah proksi BN, walaupun dijelaskan bahawa ia tidak bersama dengan BN. 

"Rakyat perlu menolak parti yang semata-mata mahu menjadi penentu dan dilihat seolah-olah sebagai pro-BN. Ia merupakan sebuah parti yang tidak boleh dipercayai dan tidak seharusnya diberikan mandat pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

PAS menjelaskan bahawa ia tidak akan bekerjasama dengan DAP dan parti serpihannya Amanah, yang mana kedua-duanya merupakan sebahagian daripada pakatan pembangkang.

Bagaimanapun, PAS mengekalkan kerjasamanya dengan PKR, dan terbuka kepada rundingan bersama PPBM yang dipengerusikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, tempoh untuk PAS membuat keputusan untuk membentuk pakatan pilihan raya dengan pembangkang sudah berjalam, dan mereka akan membuat keputusan mengenai perkara itu tidak lama lagi.

Sementara itu, menurut PAS yang belum memutuskan sekiranya mahu menjalinkan kerjasama dengan PPBM berkata, ia hanya akan bekerjasama dengan pihak yang menghormati polisi dan hal ehwal dalaman masing-masing.

Tags / Kata Kunci: Amanah , blok ketiga pembangkang , PAS

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan