UniKL Tidak Hasrat Iktiraf Sijil UEC - Ismail Sabri

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2017 9:27 PM

Ismail Sabri (tengah) bersama anggota Pergerakan Wanita Umno Bera melaungkan Hidup Umno! ketika majlis Silaturahim Wanita Umno pada Ahad. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BERA: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) tidak berhasrat  untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi kemasukan ke universiti itu setakat ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ini kerana sijil itu tidak selaras dengan falsafah pendidikan negara yang memerlukan kelulusan Bahasa Melayu dan Sejarah untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Beliau berkata walaupun UniKL sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) namun ia milik penuh Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang sehingga kini masih mematuhi falsafah pendidikan negara.

"Biarpun Kementerian Pengajian Tinggi telah memberikan kebenaran IPTS mengambil pelajar berdasarkan sijil UEC pada 2004, tetapi itu bukan bermakna kita (Mara) mesti ikut, kita ada pilihan yang mana sehingga kini tidak akan membuka pengambilan pelajar berdasarkan sijil tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Jalinan Rakyat (JR) Pergerakan Wanita Umno Bahagian Bera di sini, Ahad.

Pada Sabtu, Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa menyatakan UniKL mengiktiraf sijil UEC sebagai syarat kemasukan untuk belajar di universiti itu.

Ismail Sabri berkata bagaimanapun pelajar bukan Bumiputera dan dari negara luar boleh memohon masuk ke UniKL berdasarkan kelayakan sijil yang diiktiraf kerajaan bagi syarat kemasukan ke IPTA seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk peringkat diploma dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi ijazah atau setaraf dengannya seperti A Level.

"UniKL sebuah IPTS yang ditubuh pada tahun 2002 dan dimiliki sepenuhnya oleh Mara ... tawar program yang mendapat pengiktirafan daripada badan-badan akreditasi dan profesional. Syarat kemasukan tertakluk oleh keperluan badan-badan tersebut dan sijil UEC tidak menjadi sebahagian syarat kemasukan ke UniKL," katanya.

Sijil UEC merupakan peperiksaan yang dikendalikan badan persendirian menerusi Gabungan Kesatuan Pengelola Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Kesatuan Guru Sekolah Cina dan Kesatuan Alumni Cina. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: UniKL , Sijil UEC

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan