'Bagai Tak Percaya' Hadir Majlis Angkat Sumpah Trump

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2017 10:25 AM

Asher Paul Ang

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Bagi rakyat Malaysia yang berada majlis angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat ke-45, Donald Trump di Washington, detik itu begitu sukar dipercayai.

Tidak hairanlah jika pelajar jurusan Sains Politik, Asher Paul Ang beberapa kali mencubit dirinya untuk memastikan beliau tidak bermimpi apabila menjadi sebahagian daripada detik bersejarah itu.

"Pengalaman ini benar-benar di luar realiti. Saya tidak pernah menghadiri perhimpunan sebesar ini sebelum ini. Begitu ramai kehadiran tetapi menghairankan apabila semuanya teratur dan berjalan lancar.

"Walaupun ada yang kata bilangan kehadiran tidak dapat menandingi kehadiran majlis angkat sumpah Presiden Barack Obama, saya tetap dapat melihat lautan manusia di sini," katanya dalam temu bual telefon dari Washington, Sabtu.

Ang, 18, anak kelahiran Selangor dipercayai menjadi rakyat Malaysia paling muda yang menerima tiket eksklusif untuk acara bersejarah ini.

Pelajar tahun tiga dari Dallas Baptist University di Texas ini mewakili kelab College Republicans di universitinya, di mana beliau memegang jawatan presiden.

"Apabila tiba di pusat konvensyen untuk mengambil tiket tempat duduk awal saya di Union Square, saya terkejut ia telah dinaik taraf ke South Standing Area.

"Kemudian, saya menerima tiket kedua yang dinbaik taraf ke kawasan Seksyen 11 menghadap bahagian barat bangunan Capitol, di mana saya dapat melihat skrin besar dan pentas utama yang lebih jelas," katanya.

Seorang lagi rakyat Malaysia yang menyaksikan majlis tersebut adalah wartawan Nani Ayu Yusof.

Beliau 'terbang' ke sana dengan seorang lagi rakyat Malaysia, Marina Ahmad Mustafa, yang mendapat jemputan daripada seorang ahli kongres wanita di Carolina Utara.

Marina bersama suaminya Dr Brad Batchelor dan anak perempuan mereka berusia sembilan tahun 'terbang' sejauh 600 kilometer ke Washington dua hari sebelum acara tersebut.

Keluarga itu kemudian bertemu dengan Nani di sana.

"Kami datang awal kerana kami perlu mengambil pas, menghadiri sesi taklimat mengenai apa yang boleh dan tak boleh dilakukan serta dimaklumkan mengenai prosedur lain," kata Nani melalui temu bual telefon.

Beliau berkata mereka hampir terlepas acara penuh sejarah ini apabila mereka tiba di pintu masuk yang salah dan terpaksa membuat lencongan jauh.

"Kawalan keselamatan begitu ketat. Semua jalan ditutup. Kami akhirnya naik kereta api dan membuat satu pusingan besar untuk sampai ke pintu masuk yang betul.

"Ketika kami tiba, pintu gerbang hampir ditutup," kata Nani.

Nani yang berkahwin dengan lelaki warga Amerika dan telah berada di Amerika Syarikat selama 13 tahun berkata: "Apabila Barack Obama mengangkat sumpah pada tahun 2009, saya berada di Malaysia untuk melahirkan anak lelaki saya.

"Jadi, apabila Marina beritahu saya tentang peluang ini, saya segera berkata ya."

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan