Pemandu Lori Dibelasah Mengaku Tidak Lapor Polis Kerana Diugut

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2017 4:10 PM

Presiden Persatuan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah (kanan) semasa sidang media bersama salah seorang Truckers Nasrul Faiz (tengah) pada Himpunan Aman Truckers di Sungai Besi, Ahad. Himpunan tersebut adalah bertujuan bagi sokongan untuk mengecam tindakan pengawal peribadi seorang individu bergelar Datuk yang membelasah Nasrul Faiz sehingga menyebabkan kecederaan teruk kepada pemandu lori tersebut. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemandu lori yang cedera dibelasah sekumpulan lelaki di kondominium Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa pada 14 Januari lepas tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis kerana telah diugut.

Mangsa Nasrul Faiz Zulfahmi, 25, berkata beliau bimbang akan keselamatan diri memandangkan kumpulan lelaki itu dipercayai gangster dan berbahaya.

"Selepas kejadian itu, pihak syarikat telah dihubungi oleh individu terbabit agar tidak melaporkan kepada pihak berkuasa.

"Menurut pengurus saya, kumpulan lelaki terbabit merupakan 'gangster' besar dan ia akan membahayakan keselamatan saya sekiranya membuat keputusan yang salah," katanya kepada pemberita pada perhimpunan aman bagi memberi sokongan terhadap Nasrul Faiz di sebuah stesen minyak di Sungai Besi di sini, Ahad.

Menceritakan kembali detik hitam itu, Nasrul Faiz berkata beliau mengakui yang tindakannya itu salah namun tidak menyangka akan diperlakukan sedemikian rupa.

Katanya, kereta berkenaan berada dekat dengan lori yang dipandunya dan dia sendiri tidak menyedari kereta itu berada di situ.

"Hanya kerana nombor (plat) kenderaan patah, saya dipukul sehingga menerima 13 jahitan di leher.

"Keadaan berlaku dengan pantas, apabila salah seorang daripada kumpulan lelaki itu menarik saya sebelum rakannya datang menyepak saya di kepala sehingga saya jatuh," katanya.

Perhimpunan yang disertai lebih 200 pemandu lori anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) itu dilakukan bagi mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan lelaki yang membelasah Nasrul Faiz hingga cedera.

Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah, berkata perbuatan ganas dan tidak berperikemanusian seperti itu tidak seharusnya dibiarkan begitu saja dan tindakan tegas harus diambil.

"Saya difahamkan polis sudah melakukan beberapa tangkapan berhubung kes ini dan saya berharap mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang," katanya.

Perhimpunan selama satu jam bermula pukul 11 pagi itu berakhir tanpa sebarang kekacauan.


Tags / Kata Kunci: pemandu lori , Bukit Antarabangsa , belasah

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan