Nasi Kandar Pelita Rancang Lebar Sayap Ke Arab Saudi

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2017 5:28 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Nasi Kandar Pelita akan membuka tiga cawangan baharu di Arab Saudi, kata pengarahnya, K.K. Sihabutheen.

Beliau berkata Pelita yang terkenal sebagai rangkaian restoran nasi kandar terbesar di Malaysia telah mengenal pasti lokasi untuk cawangan di Makkah dan Madinah.

Sementara itu, katanya, lokasi cadangan untuk cawangan di Jeddah akan diputuskan dalam masa terdekat.

"Kami akan mula dengan cawangan di Madinah, seawal April ini dan selanjutnya akan menyusul kemudian. Kami akan mengekalkan hidangan stail mamak dari Malaysia dan cawangan itu akan diuruskan rakan kongsi di Arab Saudi," kata Sihabutheen.

Buat masa ini, Pelita mempunyai sebuah cawangan antarabangsa di Chennai, India.

Sihabutheen berkata dua lagi cawangan baharu restoran itu akan dibuka di Kuala Lumpur tahun ini.

Cawangan di Sunway Resort, Subang Jaya akan mula beroperasi pada Mac manakala cawangan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dijangka dibuka kepada orang ramai pada April.

Beliau berkata syarikat tersebut akan didaftarkan di bawah Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd yang disenaraikan dalam Malaysia Book of Records pada 26 Oktober lalu sebagai rangkaian restoran nasi kandar terbesar dengan 25 cawangan di dalam negara.

Terdahulu, pemegang kunci pintu Kaabah, Dr Saleh Taha Al’Shaibi turut hadir di cawangan restoran di Chai Leng Park di sini untuk membincangkan mengenai kerjasama dengan Pengerusi Eksekutif Pelita, Datuk Shamsuri Ahmad.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang. Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Shamsuri berkata Dr Saleh akan melawat Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas semasa lawatan tiga hari ke negeri ini.

Tags / Kata Kunci: Nasi Kandar Pelita , Arab Saudi

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan