Ketepi Perbezaan Pendapat, Tumpu Perpaduan - Najib

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2017 5:52 PM

Najib hadir merasmikan Bangunan Wisma Ceylonese di Persatuan Ceylonese Negeri Sembilan pada Ahad. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat Malaysia perlu memberi lebih tumpuan kepada usaha memupuk perpaduan daripada menekankan hal berkaitan perselisihan dan perbezaan pendapat.

Perdana menteri berkata sebagai rakyat negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan agama, mereka perlulah menangani sebarang perselisihan dan perbezaan pendapat dengan baik.

"Adalah sedikit sebanyak masalah (berkaitan perbezaan pendapat), (tapi itu) perkara biasa.

"Nak kata tiada masalah langsung, itu tidak betul. Tapi, kita dapat mengetepikan perbezaan dan tumpu kepada perkara yang memupuk perpaduan dan keharmonian," katanya semasa berucap merasmikan bangunan Wisma Ceylonese di Jalan Sungai Ujong di sini, Ahad.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Kesihatan yang juga Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Presiden MyPPP Tan Sri M.Kayveas dan Presiden Persatuan Ceylonese Negeri Sembilan (NSCA) Datuk S.Kumarasamy.

Bangunan tiga tingkat itu adalah milik NSCA (Persatuan Ceylonese Negeri Sembilan) dengan kos pembinaan bernilai RM3.3 juta.

Antara kemudahan yang ada dalam Wisma Ceylonese ialah dewan yang boleh menampung 500 orang, dewan majlis perkahwinan, bilik mesyuarat, bilik persidangan dan perpustakaan.

Najib berkata tanpa keamanan dan kestabilan, sesebuah negara tidak mungkin dapat membawa pembangunan dan mampu mengubah nasib rakyat.

"(Tanpa keamanan) kita tak boleh rancang sesuatu, malah, orang luar tak akan melabur kerana mereka tidak yakin jika tiada keamanan dan kestabilan," kata Najib.

Beliau juga berharap rakyat Malaysia akan terus berkongsi pendapat untuk Transformasi Nasional (TN50) demi kebaikan rakyat dan negara dalam tempoh 30 tahun akan datang.

"Sebagai Perdana Menteri saya nak dengar pandangan orang ramai kerana saya percaya visi baru Malaysia mestilah ada rasa kekitaan," katanya. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , perbezaan pendapat

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan