Visa Pelajar Asing Lulus Hanya 14 Hari - TPM

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2017 12:45 PM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempat bergurau dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (tengah) sambil di perhatikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri Perak Datuk Dr Mah Hang Soon (kiri) pada pelancaran program Fit Perak Peringkat Parlimen Bagan Datuk di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATUK: Tempoh kelulusan visa bagi pelajar asing di negara ini dipendekkan daripada 30 hari kepada hanya 14 hari, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata perkara itu diputuskan semasa Mesyuarat Peringkat Tertinggi Mengenai Pengambilan Pelajar Asing yang dipengerusikan beliau Khamis lalu. 

Katanya 10 pegawai tambahan akan ditempatkan di Jabatan Imigresen bagi memastikan kelancaran pengeluaran visa mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.

"Sementara menunggu visa tersebut diluluskan, kerajaan akan mengeluarkan kad visa sementara untuk setiap permohonan daripada pelajar luar negara setelah nama mereka disemak dalam senarai syak Interpol.

"Untuk semakan kita menggunakan Sistem Saringan Pemeriksaan Penumpang (APSS)," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan persekolahan dan hadiah kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sini, Sabtu.

Ahmad Zahid juga berkata kelewatan pemprosesan visa pelajar asing sehingga mencecah 30 hari ketika ini antaranya disebabkan masalah oleh Education Malaysia Global Services (EMGS).

"Kini terdapat sebanyak 4,000 permohonan visa pelajar asing yang tertunggak akibat kelembapan oleh EMGS sama ada di universiti awam atau swasta," katanya.

EMGS ditubuhkan sebagai sebuah Syarikat Berhad Mengikut Jaminan (SBMJ) bukan berdasarkan keuntungan yang diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menjalankan fungsi pemasaran, promosi dan pengurusan merekrut pelajar antarabangsa ke Malaysia. 

Menjelas lanjut, Ahmad Zahid berkata usaha mempercepatkan permohonan visa pelajar dibuat kerana kedatangan mereka ke negara ini menyumbang kepada ekonomi negara menerusi pertukaran wang asing sekurang-kurangnya RM5 bilion setahun. 

Ahmad Zahid berkata kerajaan juga bersetuju memberikan visa kepada ibu bapa atau penjaga pelajar terutama dari Timur Tengah untuk tinggal di Malaysia bagi menjaga anak-anak mereka.

"Ini adalah nilai budaya ibu bapa di Timur Tengah. Maka kita akan berikan visa kepada mereka setelah semakan keselamatan dibuat kerana kita tidak berkompromi terhadap soal keselamatan negara," tegasnya. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid , visa

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan