Singapura Sedia Mansuh RRC Sebaik Malaysia Kenakan Caj Jalan Di Sempadan

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2017 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Singapura akan menansuhkan bayaran Perjalanan Pergi Balik (RRC) sebaik caj jalan yang dikenakan Malaysia dikuatkuasakan di semua sempadannya di Thailand, Brunei dan Indonesia.

Suruhanjaya Tinggi Singapura di sini berkata ia juga harus dengan kuantum yang sama serta terhadap semua kereta luar yang bukan didaftarkan di Malaysia.

"Selagi Singapura menjadi satu-satunya negara yang terjejas dengan caj jalan di Malaysia, kami tiada pilihan selain membalasnya dengan RRC.

"Bagaimanapun, sebaik caj jalan ini dikuatkuasakan di semua sempadan darat (Thailand, Brunei dan Indonesia), pada kuantum yang sama ke atas semua kenderaan luar, kami akan menarik balik RRC," katanya dalam kenyataan menerusi aplikasi Whatsapp di sini, Jumaat.

Menurut kenyataan itu, dasar Permit Masuk Kenderaan (VEP) di Singapura yang diperkenalkan sejak 1973 adalah bagi tujuan menyamakan kos memiliki dan menggunakan kenderaan asing di Singapura, dengan yang memiliki dan menggunakan kenderaan yang berdaftar di Singapura.

Menurutnya, langkah itu adalah untuk memastikan dasar mengawal jumlah kenderaan secara komprehensif serta menghalang penggunaan kereta luar di jalan Singapura, kerana bagi kenderaan Singapura, ia tertakluk kepada Sistem Sijil Kelayakan (COE) dan cukai kenderaan yang tinggi.

Oleh itu, tujuan dasar VEP adalah berbeza dengan caj jalan di Malaysia, tambah kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, caj jalan yang dikenakan Malaysia adalah bagi 24 jam seminggu terhadap semua kenderaan luar yang memasuki Malaysia menerusi Johor manakala 100 peratus kenderaan Singapura yang masuk ke Malaysia menerusi Johor akan membayar caj jalan itu.

"Sebaliknya, hanya satu daripada 10 kenderaan luar yang memasuki Singapura membayar VEP, dan ini kebanyakannya dibawa oleh mereka yang bekerja di Singapura.

"Baki 90 peratus tidak membayar VEP kerana memasuki Singapura pada hari atau jam bebas VEP," menurut kenyataan itu.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: RRC , Malaysia , Singapura

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan