Kastam Sasar Kutipan GST RM40-RM42 Bilion Tahun Ini

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2017 12:35 PM

Peserta Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia bersama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) tidak melepaskan peluang bergambar bersama watak Predator sebelum memulakan kayuhan sempena Hari kastam Sedunia ke-35 di Dataran Wawasan, Putrajaya, Sabtu. Kayuhan itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada tahun ini sekitar RM40 hingga RM42 bilion berbanding RM41.2 bilion pada 2016, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad.

Beliau berkata JKDM akan meneruskan program bersama rakyat terutamanya golongan peniaga untuk memastikan mereka lebih memahami mengenai sistem percukaian tersebut.

"Sistem percukaian ini baru sahaja dilaksanakan selama setahun 10 bulan dan kita mahu mendidik mereka untuk lebih memahami mengenai GST.

"Namun, dalam tempoh pelaksanaan cukai ini, JKDM melihat bibit-bibit kejayaan untuk kita terus melaksanakannya dengan lebih cemerlang lagi," katanya kepada media selepas Program Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia di sini, Sabtu.

Pada peringkat JKDM, Khazali berkata pembaharuan turut dilaksanakan termasuk mewujudkan Strategi Lautan Biru Kastam (CBOS) yang melibatkan semua bahagian JKDM sebagai penambahbaikan dalam tadbir urus sistem GST.

Setakat ini, katanya JKDM mempunyai 431,000 syarikat yang berdaftar dalam sistem percukaian GST dan usaha akan terus dibuat untuk mengesan syarikat yang layak mendaftar terutamanya perniagaan dalam talian.

"JKDM masih belum menentukan jumlah peratus peniaga dalam talian yang ada di negara ini, tetapi kita percaya masih ramai peniaga dalam talian yang belum berdaftar dengan kita.

"Jabatan Kastam akan terus mengesan perniagaan dalam talian yang mempunyai nilai ambang sebanyak RM500,000 sama ada secara luar talian atau dalam talian kerana mereka semua tertakluk kepada percukaian GST," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: GST , Kastam , Makna

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan