PAS Belum Putuskan Jalin Kerjasama Dengan PPBM - Hadi

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2017 5:13 PM

Abdul Hadi Awang.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: PAS belum memutuskan untuk menjalin kerjasama bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata sebarang pertemuan dan rundingan bersama PPBM setakat ini hanya berkisar kepada perkara biasa dan bukannya berkaitan kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Kita terbuka untuk berbincang dengan parti-parti politik di negara ini... (tetapi) jangan jadikan PAS sekadar anak tangga untuk mereka 'naik' saja (raih sokongan pada pilihan raya)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Muslimat Muda di sini, Sabtu.

Abdul Hadi turut tidak menolak kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru  membabitkan parti pembangkang menentang Barisan Nasional pada PRU14 nanti.

Beliau berkata keinginan pakatan DAP-PKR-Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bekerjasama dengan PAS bagi mengelak berlakunya pertandingan tiga penjuru dilihat sebagai tindakan terdesak mereka selepas PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

"Kalau Amanah bertanding tempat PAS, mereka yang wujudkan tiga penjuru, bukan kita, kita ada di kawasan asal sejak tahun 1950an.

Siapa yang menumpang, siapa yang baharu datang, itu kena sedarlah," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PPBM , Abdul Hadi Awang , PAS

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan