LitMas Bantu Tangani Masalah Literasi Bahasa Inggeris

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2017 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penggunaan bahasa Inggeris yang lemah dikesan semakin berleluasan di semua peringkat usia dan latar belakang, sama ada dalam penulisan atau percakapan harian.

Tinjauan yang dilakukan mendapati, penuntut institusi pengajian tinggi juga berdepan masalah sama apabila menghasilkan penulisan yang tidak tepat daripada segi ejaan dan tatabahasa.

Pegawai Perhubungan Luar MYReaders, Alex Lim berkata, dianggarkan 10 peratus pelajar di separuh daripada sekolah menengah di negara ini masih lemah dalam penggunaan bahasa itu.

Malahan, katanya, kebanyakan pelajar itu membaca umpama kanak-kanak peringkat pra sekolah walaupun berada pada tahap menengah atas.

Beliau menambah, ada kemungkinan pelajar terlibat berhadapan masalah pembelajaran seperti disleksia.

"Secara umum, memang ramai yang tidak tahu membaca terutama di kawasan luar bandar," katanya yang turut menyumbang tenaga untuk program Teach For Malaysia.

Kata Lim, kurangnya keyakinan diri juga memberi kesan terhadap aspek pembelajaran generasi muda termasuk daripada segi pembacaan.

Baginya, antara langkah terbaik untuk menangani masalah itu adalah dengan mengadakan latihan dengan pelajar terlibat secara langsung.

"Latihan secara berdua antara guru dan pelajar penting untuk menangani masalah ini," katanya.

Sementara itu Ketua Pendidikan dan Pembelajaran EduNation Malaysia, Cheryl Ann Fernando yang mengajar di luar bandar juga menerusi Teach For Malaysia berkata, ada pelajar yang ketinggalan jauh antara enam ke tujuh tahun berbanding keupayaan membaca mengikut usia mereka yang sebenar.

"Masalah sama juga dihadapi pelajar bandar.

"Antara isu utama adalah kemasukan secara automatik untuk tahap seterusnya. Misalnya, walaupun tidak dapat membaca tetapi pelajar Tahun Tiga secara automatik akan meneruskan pembelajaran Tahun Empat.

"Situasi ini mewujudkan jurang besar daripada segi literasi," katanya.

Susulan itu, katanya, LitMas iaitu program literasi mudah diwujudkan bagi membantu pelajar membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris.



Tags / Kata Kunci: MyReaders , LitMas

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan