Kerajaan Selangor Serahkan Kepada Peniaga Kenakan Caj Beg Plastik Atau Sebaliknya

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2017 8:17 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor masih menyerahkan kepada peniaga untuk terus mengenakan caj 20 sen untuk beg plastik kepada pengguna atau sebaliknya.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan negeri belum mewujudkan sebarang peraturan khusus bagi menghentikan caj 20 sen itu.

"Sebarang maklum balas yang kita terima dalam isu ini kita akan teliti,"  katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Sijil Konvokesyen Pengajian Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, Sabtu.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas ketidakpuasan hati pengguna yang terpaksa menanggung caj tambahan 20 sen bagi setiap beg plastik semasa membeli barangan.

Caj 20 sen setiap beg plastik itu berkuat kuasa 1 Januari lepas menerusi "Kempen Selangor Bebas Plastik".

Bagaimanapun, usaha yang bermatlamat untuk mewujudkan persekitaran bersih itu mendapat kritikan pelbagai pihak yang tidak bersetuju terhadap caj berkenaan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: beg plastik , kerajaan Selangor

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan