Kualiti Graduan Malaysia: KPM Kesal Kenyataan Profesor Universiti Harvard Diputar Belit

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2017 3:10 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan kesal dengan tindakan sebuah media dalam talian yang memutar belit kenyataan Prof Lant Pritchett berhubung rendahnya kualiti graduan pendidikan tinggi di negara ini.


Dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu, kementerian itu berkata tulisan yang dipetik di luar konteks pandangan sebenar profesor dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat itu telah menjadi tular, sekali gus mengundang penafian terbuka daripada ahli akademik tersebut.


"Kementerian Pendidikan amat menghargai pandangan Prof Pritchett bahawa pembelajaran yang terlalu tertumpu kepada hafalan dan latih tubi untuk pencapaian peperiksaan di peringkat sekolah tidak akan membantu perkembangan murid dan pelajar di peringkat tertiari dan tinggi.


"Bagaimanapun, kementerian amat kesal apabila pendapat dan pandangan murni itu telah diputar belit oleh tajuk tular sebuah media (pada Khamis lepas) sehingga Prof Pritchett secara terbuka menyangkal tajuk berkenaan," kata kenyataan itu.

Penafian terbuka itu kemudiannya disusuli dengan kenyataan maaf portal tersebut bahawa penyelidik dari Amerika Syarikat tersebut tidak pernah menyatakan komen mengenai kualiti graduan Malaysia.


Kenyataan itu menyebut bahawa Kementerian Pendidikan sentiasa bersikap terbuka terhadap sebarang pandangan bagi memaju dan memantapkan lagi dasar pendidikan, selain menghargai sebarang perbezaan pendapat mengenai pelaksanaan program dan inisiatif pendidikan.


Kementerian Pendidikan mengambil iktibar kejadian ini dengan iltizam kukuh untuk meneruskan agenda pembangunan pendidikan dengan bukan saja melahirkan murid berilmu, berakhlak dan adaptif kepada cabaran dan ketidaktentuan mendatang, menurut kenyataan itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan