Jangan Politikkan TN50 - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2017 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata inisiatif Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dilancarkan semalam tidak perlu dipolitikkan.

Perdana Menteri berkata diskusi dan perancangan TN50 adalah asas untuk kerajaan merancang proses dan gerak kerja selama tiga dekad bagi memeta hala tuju negara di atas kanvas yang baharu.

"TN50 atau Transformasi Nasional 2050 adalah milik kita bersama.

"Proses wacana nasional yang bermula semalam dan bakal dilangsungkan sepanjang tahun ini adalah untuk anda semua berkongsi dengan kerajaan aspirasi anda untuk Malaysia," kata Najib dalam catatan di laman rasmi Facebook beliau Jumaat malam.

Najib berkata beliau berpegang teguh kepada kata-kata pujangga, "A politician thinks of the next election, a statesman thinks of the next generation".

Beliau berkata Dasar Transformasi Nasional yang diperkenalkan pada 2010 telah meletakkan negara di landasan yang tepat untuk mencapai Wawasan 2020, yang hanya tiga tahun dari sekarang.

"Namun, kita perlu berpandangan jauh, tidak patut leka dan terlalu khusyuk dengan pencapaian dalam masa tiga tahun ini sehinggakan ia menghalang kita daripada mengatur langkah dan bersiap sedia untuk perjalanan baharu bagi Malaysia iaitu pasca 2020," katanya.

Najib juga memberi jaminan bahawa suara anak-anak muda akan didengari dan anak-anak muda akan mencorak perjalanan masa depan negara.

"Saya berasa gembira kerana dapat bersama dengan para belia semalam di Universiti Malaya dan mendengar sendiri aspirasi mereka. 

"Kerajaan kita pada hari ini adalah kerajaan yang sedia mendengar dan menggunakan pendekatan 'bottom-up' (dari bawah ke atas). Insya-Allah, idea-idea yang telah diutarakan ini akan diteliti, dikaji dan diambil kira," kata Najib.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: TN50 , Najib

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan