Ekstremisme Musuh Perpaduan - PM Najib

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2017 12:27 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melakukan senamrobik pada Program Detik-Detik Perpaduan di Taman Botani Tasik Perdana, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia untuk memerangi ekstremisme yang disifatkannya sebagai musuh perpaduan.

Sehubungan itu, beliau berkata ekstremisme boleh wujud dalam mana-mana agama, namun ia tidak mewajarkan sesiapa sahaja untuk membuat anggapan umum bahawa pengikut agama itu sebagai ekstremis.

Beliau menegaskan seseorang itu tidak boleh dinilai berdasarkan agama, warna kulit atau budayanya.

Sebaliknya, setiap orang perlu dilihat pada watak peribadi mereka.

"Masalahnya bukan dengan agama, bukanlah masalah kalau kita menganuti apa juga agama, masalahnya terletak dengan ekstremisme.

"Kita ada ekstremis Islam seperti IS dan Daesh, kita ada ada ekstremis Buddha seperti di Rakhine, Myanmar, kita ada ekstremis Kristian, ekstremis Yahudi," kata Najib dalam ucapannya, di hadapan hampir 1,000 peserta program 'Moment of Unity' di sini, Sabtu.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup dan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia Datuk Ter Leong Yap.

Sambil meminta semua rakyat untuk saling hormat-menghormati dan empati, Najib berkata perpaduan yang berterusan hanya boleh dicapai jika ia sentiasa berada di hati dan fikiran mereka.

"Kita semua ada di taman ini, kita bernafas udara yang sama, kita melakukan banyak perkara bersama, kita adalah Malaysia, kita cintakan negara ini.

"Kalau kita dapat pisahkan tembok antara kita, kita rasa serasi antara kita maka kita akan dapat pupuk perpaduan dan integrasi nasional," katanya.

Najib berkata usaha mengekalkan perpaduan, keamanan dan keharmonian sepatutnya bukan tanggungjawab seorang perdana menteri namun ia merupakan usaha kolektif setiap rakyat.

"Saya harap semua pihak, di mana sahaja mereka berada sebagai rakyat Malaysia yang sejati, sebagai patriot sejati, akan menunaikan tanggungjawab anda bagi membina sebuah negara Malaysia yang bersatu padu, lebih kuat dan berdaya tahan.

"Kalau kita ada semangat ini, saya yakin dan percaya, kita akan menjadi 20 negara yang berada dalam kedudukan teratas dalam tahun-tahun akan datang," katanya.

Mengenang kembali zaman muda beliau, Najib berkata beliau merindui waktu-waktu apabila rakyat Malaysia yang pelbagai kaum duduk bersama secara harmoni dan bersorak menyokong pasukan Malaysia semasa Pestabola Merdeka.

"Bila saya masuk program ini tadi, saya bersalam dengan (bekas pemain bola sepak Malaysia) Datuk Soh Chin Aun dan Datuk Santokh Singh. Ia mengingatkan saya semasa zaman muda saya, tengok Pestabola Merdeka. "Kita bersama dalam stadium bersorak menyokong pasukan Malaysia yang pada masa itu mutu bola sepak adalah amat baik berbanding hari ini," kata Najib dengan menyatakan menonton perlawanan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei, juga menyatukan rakyat Malaysia.

Pada majlis itu, Najib juga menyampaikan sijil kepada Chong Wei yang dilantik sebagai Ikon Perpaduan Nasional dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia sebagai Duta Perpaduan Nasional.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan akan memperluaskan program latihan perpaduan dan menjadikannya sebagai acara tahunan, yang akan terus menyumbang ke arah perpaduan nasional.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua syarikat Bumiputera sebanyak 161 buah yang telah terlibat di bawah program ini.

"Selepas ini, saya difahamkan peruncit Bumiputera akan mengambil pelatih dari kalangan bukan Bumpiputera, (untuk) diberi peluang membuat latihan di syarikat-syarikat mereka," katanya.

Najib berkata usaha ini adalah penting untuk terus meningkatkan perpaduan nasional memandangkan kejayaan setiap kaum juga adalah kejayaan negara.-- Bernama






Tags / Kata Kunci: Najib , Daesh

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan