Alfred Jabu Lepas Jawatan Timbalan Presiden PBB

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2017 3:42 PM

Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Alfred Jabu selepas pertama kali mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Kuching, Sabtu. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Douglas Uggah (kiri) dan Datuk Awang Tengah Ali Hassan. -fotoZULAZHAR SHEBLEE/THE STAR

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Alfred Jabu Numpang melepaskan jawatan yang dipegangnya itu selama lebih 40 tahun.

Jabu akan memberi laluan kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Douglas Uggah Embas, yang sebelum ini memangku jawatan itu untuk bersama-sama seorang lagi timbalan presiden, Datuk Awang Tengah Ali Hassan.


Uggah dan Awang Tengah adalah naib presiden PBB, ahli yang paling kanan dalam PBB dan sayap masing-masing.


Uggah dan Awang Tengah menggantikan Datuk Abang Johari Tun Openg, yang secara automatik mengambil alih peranan sebagai Presiden PBB apabila menjadi ketua menteri.

PBB, yang memegang 45 daripada 82 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, adalah parti tonggak Barisan Nasional.

"Jabu telah menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan timbalan presiden untuk memberi laluan kepada kepimpinan baru.

"Dia akan kekal sebagai anggota biasa PBB dan parti akan terus mendapatkan nasihat beliau apabila perlu," kata Abang Johari pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBB  di sini Sabtu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan