Kedah 'Juara' Kencing Manis, Darah Tinggi - Dr Norhizan

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2017 3:19 PM

(Ubah saiz teks)

PADANG TERAP: Kajian Kementerian Kesihatan pada 2015 menunjukkan Kedah 'juara' dua penyakit tidak berjangkit utama iaitu kencing manis dan darah tinggi di negara ini.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kajian itu mendapati 25.4 peratus, atau satu daripada empat rakyat Kedah berumur 18 tahun ke atas, menghidap kencing manis dan ini merupakan kadar tertinggi di Malaysia.

Pada masa sama, hampir 40 peratus rakyat negeri ini, atau dua daripada lima orang, mengalami masalah darah tinggi dan kadar itu juga yang tertinggi di Malaysia, katanya.

"Faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini adalah tabiat pemakanan yang tidak betul," kata Dr Norhizan kepada pemberita selepas menghadiri program penutup Klinik Penyayang Percuma, di sini Jumaat.

Beliau berkata antara tabiat pemakanan yang tidak sihat ialah pengambilan makanan dengan kandungan gula yang tinggi, berminyak dan berkolesterol seperti nasi lemak, roti canai dan teh tarik.

Dr Norhizan juga berpandangan budaya yang dipegang selama ini iaitu mesti menjamah hidangan ketika menghadiri kenduri turut menyumbang kepada masalah itu.

Keadaan diburukkan dengan mentaliti 'lebih baik tidak tahu daripada tahu' yang dipegang oleh sesetengah orang bagi mewajarkan keengganan mereka membuat pemeriksaan kesihatan, katanya.

"Mereka tidak mahu risau sekiranya disahkan ada penyakit. Mentaliti ini perlu diubah," kata beliau.

Dr Norhizan turut mencadangkan peniaga makanan agar menyediakan pilihan hidangan nasi dalam kuantiti yang sedikit dengan harga berbeza.

"Biasanya apabila kita minta nasi, peniaga akan beri nasi yang banyak sehingga penuh satu pinggan, bila kita minta separuh pula harga tetap sama.

"Dengan tabiat kita yang tidak suka membazir, maka rata-rata akan lebih memilih mengambil nasi yang banyak kerana harga tetap sama," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan