Hanya KDN Berhak Keluarkan Data Peribadi - TPM

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2017 8:43 PM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Anggota Parlimen Bagan Datuk berucap pada Majlis Pelancaran Geran Sepadan dan Kempen Jom Menabung Bersama Tabung Pendidikan di Sungai Sumun, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa orang ramai untuk tidak bimbang mengenai kebocoran maklumat daripada mana-mana pihak kerana hanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada hak untuk mengeluarkan data peribadi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata vendor swasta bagi sistem kementerian tidak mempunyai pengetahuan terhadap sebarang maklumat mengenai data individu kerana ia telah diselaraskan.

"Hak untuk memberikan data hanya ada pada agensi, dalam kes ini Jabatan Pendaftaran. Jadi jangan bimbang mengenai kebocoran maklumat kerana mereka hanyalah vendor yang tidak diberikan hak untuk memberikan data. 

"Hanya Kementerian Dalam Negeri ada hak untuk memberikannya (data)," katanya kepada pemberita selepas program perjumpaan dengan masyarakat India di Bagan Datuk di Dewan India Sanmarka di sini, Jumaat.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tempatan bahawa KDN akan menyemak akses keselamatan vendor dan kontraktor dalam bidang sensitif.

Ini susulan penahanan dua pegawai daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC)oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis lepas atas dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Dua tokoh korporat itu, termasuk pemangku ketua pegawai eksekutif sebuah GLC, direman enam hari sehingga 25 Januari untuk membantu siasatan terhadap dakwaan rasuah dan salah guna kuasa itu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata KDN mempunyai prosedur operasi standard sendiri selain mematuhi garis panduan ditetapkan Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan untuk pembekal dan vendor.

"Jika mereka (vendor) tidak berkelayakan untuk melakukan sesuatu atau tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan dalam terma kontrak, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka termasuk ditamatkan kontrak.

"Kami akan bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dalam perkara ini," katanya dan menurutnya kementerian turut bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat isu itu.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: KDN , Ahmad Zahid

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan