Pekerja Asing Hanya Dibenar Bekerja Dalam Enam Sektor - Berita Semasa | mStar

Pekerja Asing Hanya Dibenar Bekerja Dalam Enam Sektor

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2017 7:51 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pekerja asing hanya dibenarkan bekerja dalam enam sektor yang ditetapkan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, beliau berkata sektor-sektor yang dibenarkan menggaji pekerja asing ialah perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian serta perlombongan dan kuari.

Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin ke-16 yang diadakan Selasa lalu.

"Pekerja asing juga dibenarkan bekerja di sektor perkhidmatan antaranya menjadi tukang masak di restoran, pencucian dan pembersihan, pulau peranginan,hotel, spa dan refleksologi, kedi (lelaki) serta pengendalian kargo di pelabuhandan lapangan terbang," katanya.

Dalam pada itu, Alwi menegaskan pengambilan pekerja asing dihadkan untuk mengisi kekosongan jawatan pekerjaan yang sukar diisi oleh pekerja tempatan sahaja.

"Kerajaan masih memberi keutamaan kepada warga tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan dan menetapkan bahawa pekerjaan pada peringkat penyeliaan hanya akan dikhususkan kepada warga tempatan," katanya.-Bernama

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan