OIC Kecewa Kerajaan Baharu Myanmar Gagal Tangani Krisis Rohingya

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2017 8:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Dr Yousef Ahmad Al-Othaimeen melahirkan kekecewaannya terhadap  kepimpinan baharu kerajaan Myanmar yang gagal menghentikan keganasan terhadap masyarakat Rohingya yang berterusan di negara itu.

Beliau berkata kemenangan Aung San Suu Kyi dalam pilihan raya Myanmar baru-baru ini mulanya memberi harapan kepada pertubuhan itu bahawa Myanmar akhirnya akan memasuki era baharu untuk mewujudkan kerajaan yang inklusif tanpa pengasingan etnik atau agama.

"Namun di sebalik kemajuan yang dicapai dalam proses demokrasi dan  peralihan kepada kepimpinan baharu, terdapat bukti mengenai kempen keganasan dan ugutan secara berterusan yang dijalankan terhadap masyarakat Islam Rohingya di Myanmar.

"Ini jelas terkandung dalam laporan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia Zeid Ra'ad Al Hussein pada 20 Jun 2016 yang mendokumentasi pelbagai pencabulan hak asasi manusia, terutama terhadap masyarakat Rohingya," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Yousef menyampaikan ucapan dalam Bahasa Arab ketika berucap kepada delegasi semasa Sesi Luar Biasa Majlis Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai Situasi Minoriti Islam Rohingya di Myanmar, di sini pada Khamis.

Teks ucapan beliau diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan diedarkan kepada media.

Yousef berkata, disebabkan dasar-dasar pihak berkuasa Myanmar, beribu-ribu masyarakat Rohingya dan pelarian lain mencari perlindungan di negara jiran dan jumlah mereka dijangka meningkat kerana mereka dinafikan hak untuk kembali ke tanah air sendiri.

"Keadaan ini menimbulkan ancaman kepada kestabilan rantau Asia yang luas untuk jangka masa terdekat dan jangka panjang," katanya.

Susulan perkembangan yang malang itu, Yousef menegaskan bahawa nasib masyarakat Rohingya tidak boleh diabaikan dan dianggap sebagai masalah dalaman negara ersebut.

"Ia merupakan isu hak asasi manusia dan satu daripada isu yang menimbulkan kebimbangan global," kata beliau.

Oleh itu, beliau menyeru negara-negara anggota OIC, terutama dalam ASEAN untuk meneruskan usaha mendesak pihak berkuasa Myanmar supaya membenarkan akses kepada bantuan kemanusiaan dan siasatan insiden itu dijalankan secara telus.

"Melindungi minoriti Islam dengan cara ini menjadi obligasi semua negara anggota di bawah Piagam OIC," kata beliau.

Beliau sekali lagi memuji peranan utama oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak memperjuangkan isu tersebut dan situasi meruncing yang dihadapi oleh masyarakat Islam Rohingya.

"Saya sama-sama memuji Malaysia dan beberapa negara anggota OIC yang lain atas bantuan kemanusiaan yang dihulurkan kepada pelarian yang memerlukan bantuan," katanya.

Tags / Kata Kunci: OIC , Rohingya

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan