TN50: Might Pacu Sektor Teknologi Tinggi

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2017 10:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi TeknologiTinggi Malaysia (Might), dengan sokongan kukuh daripada ahli dan rakankongsinya, akan dapat memacu sektor teknologi tinggi dan memberi sumbangan yangbesar serta impak kepada visi Transformasi Nasional 2050 (TN50).   

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata peranan Might sebagai platform kerjasama awam-swasta bagi sektor teknologi tinggi penting dalam TN50, berikutan ia berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara ke-10 terbesar di dunia dari segi nilai eksport teknologi tinggi pada 2014 sebanyak  US$63.3 bilion.  

"Ini merupakan pencapaian cemerlang oleh sebuah negara kecil seperti Malaysia, terutamanya di bawah ekonomi global semasa yang tidak menentu.    

"Berada pada kedudukan ke-11 dalam Teknologi Tinggi global pada 2014 merupakan trend yang baik yang kita perlu kekalkan, melalui usaha agensi kerajaan dan peserta industri," katanya pada sidang media selepas acara Might bertemakan, 'Tribute to Partnership' pada Khamis.  

Pada acara itu, dua institusi dan individu diiktiraf atas sumbangan cemerlang mereka kepada industri teknologi tinggi di Malaysia bagi 2016.    

Ia adalah Suruhanjaya Tinggi Britain bagi segmen antarabangsa; Free theSeed Sdn Bhd bagi keusahawanannya; dan jurutera, Datuk Ir Hong Lee Pee atas sumbangan individu yang cemerlang.    

Nancy berkata MIGHT membuktikan kejayaannya yang berterusan dalam mengadakan platform untuk peserta industri berkongsi pengetahuan mereka bagi terus membangunkan industri tempatan untuk kepentingan negara.    

Might kini terdiri daripada ahli-ahli dari pelbagai sektor teknologi tinggi seperti aeroangkasa, kereta api, solar, bioteknologi dan lain-lain, dan peneraju dalam segmen masing-masing, dengan campuran syarikat berkaitan kerajaan, perusahaan kecil dan sederhana, institusi penyelidikan, ahli akademik dan institusi kerajaan.    

"Mari kita menuju ke hadapan bersama-sama dan meraih peluang yang banyakyang terdapat di hadapan selain mengekalkan peranan strategik industri dalam menyumbang kepada ekonomi teknologi tinggi negara.    

"Saya berdoa 2017 akan membawa Malaysia ke landasan yang lebih baik dalam sektor teknologi tinggi," katanya.   

Nancy berkata beliau amat yakin bahawa program platform yang Might baru perkenalkan, seperti perkhidmatan rundingan dan nasihat serta perkhidmatan myForesight, akan dapat membawa kerjasama tersebut ke peringkat lebih tinggi. -Bernama

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan