MH370: Pencarian Disambung Jika Ada Petunjuk Baharu

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2017 7:31 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kerajaan Australia bersedia menyambung semula pencarian penerbangan Malaysia Airlines MH370 jika ada bukti baharu, kata Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Rod Smith.

Katanya kerajaan Australia bersikap terbuka dalam hal itu. 

"Kami (kerajaan Australia) memang sedih tetapi tiada pilihan, melainkan jika ada bukti baharu yang dapat menunjukkan lokasi tepat (kedudukan pesawat)," katanya yang dtemui pada jamuan tengah hari yang dihoskan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, di sini pada Khamis.

Beliau diminta mengulas mengenai gesaan 'Voice370', kumpulan yang dianggotai keluarga penumpang dan kru pesawat yang hilang itu, yang mahu ketiga-tiga kerajaan terlibat mempertimbangkan semula keputusan untuk menghentikan operasi pencarian pesawat berkenaan.

Gesaan itu susulan keputusan kerajaan Malaysia, China dan Australia pada awal bulan ini untuk berhenti mencari pesawat yang hilang pada 8 Mac, 2014 tersebut.

Terdahulu, Smith menyampaikan ucapan bertajuk 'Australia and Malaysia: 60 Years of Partnership and Beyond' (Australia dan Malaysia: Perkongsian 60 tahun dan Seterusnya) di Universiti Malaysia Perlis di Pauh Putra, Arau. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MH370

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan