Perogol Bersiri Mungkin Diletakkan Dalam Pemantauan Polis - Nur Jazlan

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2017 11:48 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang perogol bersiri yang didapati bersalah di Kanada boleh diletakkan dalam senarai pemantauan polis apabila kembali ke Malaysia, jelas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

"Sepatutnya nama pesalah boleh didedahkan kepada umum seperti undang-undang di United Kingdom, namun kita tidak mempunyainya. Tetapi kami ada senarai nama yang dipantau pihak polis, "jelasnya ketika dihubungi pada Rabu malam.

Seorang rakyat Malaysia, Selva Kumar Subbiah dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun kerana menyerang wanita  lebih daripada dua dozen di Kanada.

Dilaporkan bahawa Selva Kumar kemungkinan besar akan dihantar pulang ke Malaysia selepas dibebaskan dari penjara pada akhir bulan ini.

"Pihak polis mempunyai agensi-agensi penguatkuasa, berkuasa dan berkebolehan untuk memantau (pesalah seks) tetapi Kementerian Wanita tidak mempunyai semua keupayaan ini," katanya.

Nur Jazlan menjelaskan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini bertanggungjawab dalam undang-undang untuk memperkenalkan senarai pesalah seks.

"Kami telah berhujah bahawa jenayah seksual perlu berada di bawah polis, termasuk senarai pesalah seksual," katanya.

Nur Jazlan menjelaskan bahawa walaupun tidak ada sumber untuk memantau Selva Kumar setiap hari sekiranya dia melakukan jenayah, 'ia akan menjadi lebih mudah bagi pihak polis untuk menjalankan siasatan mereka'.

"Jika seseorang mengenalinya, itulah cara kita untuk mengetahuinya. Ia akan menjadi lebih mudah bagi pihak polis untuk melakukan siasatan," katanya.

Sementara itu, Nur Jazlan juga menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh menghalang Selva Kumar daripada  kembali ke Malaysia kerana 'dia telah menjalani hukuman di Kanada'.

"Dia seorang yang bebas (bukan hanya di Malaysia) tetapi juga di Kanada.

"Hak beliau untuk kembali kerana dia adalah warganegara Malaysia," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan