Banyak Idea Tun M Sudah Lapuk - Salleh

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2017 1:04 PM

Salleh Said Keruak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, banyak idea Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai bagaimana sesuatu perkara perlu dilakukan, sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi berkesan.

Beliau berkata, bekas perdana menteri itu perlu meningkatkan pengetahuannya mengenai bagaimana sesuatu perkara dilakukan pada masa kini dan apa maksud perkataan globalisasi.

"Dunia kini tanpa sempadan dan Dr Mahathir perlu menerima keadaan ini," katanya menerusi catatan dalam blog beliau di http://sskeruak.blogspot.my/ pada Selasa.

Salleh mengulas jawapan Dr Mahathir terhadap kenyataan Sultan Johor Sultan Ibrahim mengenai pelaburan dari China di Johor, dalam satu wawancara dengan akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star Isnin lalu.

Salleh berkata, seperti biasa Dr Mahathir terpaksa menggunakan 'logik yang tidak masuk akal' ketika menjawab kenyataan Sultan Johor itu.

Sebagai contoh, Dr Mahathir berkata, beliau menggunakan laporan berita asing sebagai rujukan dan memandangkan laporan itu tidak dicabar atau dinafikan, bermakna ia sememangnya benar.

"Menggunakan logik yang sama, banyak yang diperkatakan tentang Dr Mahathir yang mana beliau sendiri tidak menafikannya, dan Dr Mahathir yang berkata bukan semua semua laporan berita asing adalah benar.

"Dr Mahathir menjelaskan mengenai perbezaan antara pelaburan langsung asing (FDI) yang boleh diterima dan tidak boleh diterima. Warga asing dialu-alukan untuk melabur di Malaysia selagi mereka tidak mendapat manfaat dan ia hanya memberi keuntungan kepada rakyat Malaysia sahaja," katanya.

Salleh menjelaskan pelabur hanya melabur di mana-mana negara sekiranya ia menguntungkan mereka, seperti semasa zaman Dr Mahathir apabila beliau memberikan mereka cukai percutian dan menjaminkan mereka dengan buruh yang murah. 

Pelabur, kata Salleh, melabur untuk mendapatkan keuntungan dan bukan membuat kerja-kerja kebajikan, Dr Mahathir juga tahu akan hakikat ini. - Bernama

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan