Laporan Media Mengenai Pencopet Digital Tidak Benar - BNM

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2017 9:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) berkata laporan media mengenai penyeluk saku secara digital (pencopet elektronik) ke atas individu yang memiliki kad tanpa sentuhan, adalah tidak benar.

Dalam satu kenyataan, BNM berkata kad tanpa sentuhan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang menjadikannya instrumen pembayaran yang terjamin.

"Sejak 2005, semua kad pembayaran di Malaysia mengguna pakai teknologi kad cip Europay, Mastercard dan Visa (EMV) yang mencegahnya daripada diklon.

"Butiran seperti nombor kad dan tarikh luput yang boleh didapati pada pengimbas tidak mencukupi untuk kad berkenaan diklon, sama ada kad 'jalur magnet' atau kad cip EMV.

"Setakat ini belum ada laporan mengenai kes kad cip EMV diklon," katanya.

Bank pusat berkata kad tanpa sentuhan dilengkapi cip EMV dengan ciri keselamatan kriptografi canggih, yang menjana kod dinamik bagi setiap transaksi.

"Ini menjadikan kad tanpa sentuhan hampir mustahil untuk diklonkan atau dipalsukan," kata bank pusat.

BNM berkata Malaysia juga mengguna pakai kaedah pengesahan ke atas transaksi kad dalam talian dengan pemegang kad diperlukan memasukkan kod pengesahan keselamatan (TAC) yang dihantar kepada telefon mudah alih atau peranti keselamatan mereka.

Ia berkata pemegang kad Malaysia dilindungi oleh perubahan liabiliti yang diperkanlakan oleh rangkaian kad antarabangsa.

"Sekiranya butiran kad disalah guna menggunakan laman web pedagang luarnegara yang belum melaksanakan kaedah pengesahan yang lebih ketat, pedagang berkenaan akan menanggung liabiliti ke atas sebarang transaksi palsu.

"Pemegang kad perlu memaklumkan segera kepada bank pengeluar jika kad pembayaran mereka hilang atau dicuri, nombor pengenalan peribadi terdedah atau terdapat urus niaga yang tidak dibenarkan menggunakan kad mereka," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Bank Negara Malaysia

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan