SPR Mesyuarat Khamis Ini Bincang PRK Tanjong Datu

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2017 5:34 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Khamis ini di sini berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, Sarawak, kata Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berhubung kekosongan kerusi DUN Tanjong Datu itu pada Selasa berikutan kematian penyandangnya yang juga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari, lepas.

Beliau berkata mesyuarat itu akan membincangkan perkara berkaitan urusan PRK DUN Tanjong Datu termasuk tarikh penting seperti Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian Awal, Hari Pengundian serta Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya itu.

"Mesyuarat itu juga akan membincangkan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya itu, katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mesyuarat khas berkenaan akan diadakan di Ibu Pejabat SPR, Menara SPR di sini bermula 9.30 pagi, katanya.

Adenan meninggal dunia kerana komplikasi jantung pada usia 72 tahun, Rabu lepas di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan, Sarawak.

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawal Ke-11 pada Mei tahun lepas, Adenan yang mendapat 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan yang meraih 468 undi, dengan majoriti 5,892 undi.

Calon PKR itu hilang deposit.

Adenan adalah penyandang kerusi Tanjong Datu sejak PRN 2006. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PRK Tanjong Datu , SPR

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan