Najib Umum Perubahan Dasar Bagi Lebih Ramai Miliki Rumah PR1MA

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2017 1:22 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bergambar dengan pembeli-pembeli rumah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) pada majlis meraikan komuniti PR1MA, Selasa.

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Datuk Seri Najib Tun Razak  mengumumkan perubahan dua dasar bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah melalui program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Perdana menteri berkata perubahan dasar pertama ialah menaikkan had kelayakan isi rumah daripada RM10,000 kepada RM15,000 dan kedua, memendekkan tempoh menjual dan menyewa (moratorium) rumah daripada 10 tahun kepada lima tahun.

"Ini semua adalah langkah kerajaan yang sangat komited bagi membolehkan rakyat terutama golongan sasar dapat memiliki rumah PR1MA ini," katanya padam sidang akhbar selepas Majlis Meraikan Komuniti PR1MA@Kedah di Residensi PR1MA Puteri Jaya 1 di sini, Selasa.

Hadir sama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Abdul Mutalib Alias.

Najib berkata pada masa yang sama harga rumah PR1MA tetap tidak berubah  iaitu 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran semasa."Saya lihat di sini harga rumah contoh PR1MA adalah pada harga RM270,000  berbanding RM470,000 untuk rumah yang hampir sama pada harga yang ditawarkan di luar sana (pihak swasta)," katanya.

Beliau berkata apa yang lebih penting dengan langkah kerajaan ini rakyat  akhirnya akan dapat memiliki harta dan kekayaan melalui agihan daripada kerajaan seperti memiliki rumah idaman mereka.

"Ini saya tekankan rakyat akan memiliki aset harta yang lebih besar dan  kerajaan sangat memberi komitmen agar rakyat dapat memiliki rumah yang mereka  idamkan," katanya.

Najib juga gembira dengan langkah yang dilakukan PR1MA untuk memudahkan orang ramai memohon rumah melalui kaedah 'satu bumbung' iaitu semua urusan untuk memohon rumah hanya diadakan di satu tempat.

"Di situ pemohon boleh memilih lot rumah, memohon pinjaman dan khidmat  guaman hanya di bawah satu bumbung dan langkah ini sangat menjimatkan masa dan  tenaga," katanya.

Najib berkata langkah kerajaan memudahkan proses pinjaman perumahan  melalui Bajet 2017 yang diumumkan membolehkan semakin ramai rakyat mampu untuk memiliki rumah.

Katanya kerajaan menyasarkan sebanyak 500,000 unit rumah PR1MA akan dibina oleh Perbadanan PR1MA Malaysia pada masa akan datang.

Sebelum itu Najib dan Rosmah turut melawat rumah PR1MA di sini dan  menyerahkan replika 'kunci' kepada 10 pemilik rumah.

Sebanyak 2,744 unit rumah dibina di residensi ini membabitkan harga antara RM100,000 hingga RM400,000.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Najib , PR1MA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan