PM Bersarapan Dengan Rakyat Di Medan Selera Alor Merah

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2017 10:27 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor (duduk, kiri) ceria ketika bersarapan pagi bersama penduduk setempat di Medan Selera Alor Merah, Selasa. Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (tiga,kiri).

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Walaupun sibuk dengan jadual lawatan kerja ke Kedah hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa bersarapan dengan penduduk di Medan Selera, Alor Merah di sini pagi Selasa.


Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut ribuan orang ramai yang berada di medan itu yang kelihatan cukup teruja dengan kehadiran pemimpin nombor satu negara itu.

Turut hadir bersarapan bersama beliau ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Osman Aroff.

Antara sajian yang dihidangkan kepada mereka ialah teh tarik, kopi O, ubi kayu bersama kelapa parut dan roti Arab.

Seorang peniaga, Rokshanah Ibrahim, 53, berkata dia cukup teruja dengan kehadiran perdana menteri kerana ia merupakan kali pertama dapat menatap wajah pemimpin yang disayangi itu dengan lebih dekat.


"Hampir dua minggu kami membuat persiapan bagi menyambut kedatangan beliau dan hari ini saya menyediakan lebih 200 biji roti Arab untuk hidangan kepada mereka yang hadir hari ini," katanya yang sudah 13 tahun menjalankan perniagaan di situ.

Najib dijadual menghadiri majlis meraikan komuniti Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Sungai Petani pada pukul 11 pagi sebelum ke program bersama rakyat di Padang Awam Kuala Ketil pada 3.35 petang.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan