Pemuda Umno Johor Bantah RRC, Desak Kerajaan Campur Tangan

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2017 10:15 AM

Hahasrin Hashim

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda Umno Johor membantah tindakan kerajaan Singapura mengenakan Caj Jalan Raya Timbal Balas (RRC) kepada semua kenderaan yang berdaftar di luar negara itu mulai 15 Februari depan.

Ketuanya, Hahasrin Hashim berkata, langkah memperkenalkan caj itu adalah tindakan melulu dan tidak munasabah.

"Pergerakan Pemuda Umno Johor sebulat suara membantah tindakan kerajaan Singapura memperkenalkan caj timbal balik kepada kenderaan asing yang khususnya disasarkan kepada pemandu Malaysia

"Kami juga percaya tindakan mereka memperkenalkan caj seumpama ini adalah sebagai 'gesture' provokasi," katanya dalam kenyataan media, Selasa.

Hahasrin berkata, rakyat Malaysia, khususnya yang menetap di Johor Bahru dan bekerja di Singapura telah pun menanggung kos perjalanan keluar masuk ke Singapura sebanyak RM145.08 sehari.

"Dengan penambahan caj baharu pada 15 Februari ini, mereka terpaksa membayar sejumlah RM165.05 bagi perjalanan pergi dan balik ke Singapura," katanya.

Sebagai salah satu penyelesaian, Pemuda Umno Johor juga mendesak campur tangan kerajaan Persekutuan dengan mengadakan sesi dialog bersama kerajaan Singapura bagi mencapai satu kata sepakat untuk mengakhiri episod yang didakwa sebagai sandiwara kerajaan republik itu.

"Selama 44 tahun kerajaan Singapura telah memperkenalkan caj VEP (Permit Masuk Kenderaan), dan kita di Malaysia tidak pula terlalu sensitif dan melatah dengan mengenakan caj timbal balik kepada mereka," katanya.

Lembaga Pengangkutan Darat Singapura (LTA) pada Isnin mengumumkan semua kereta yang berdaftar di luar negara perlu membayar RRC sebanyak S$6.40 setiap kali memasuki republik itu sama ada melalui Pusat Pemeriksaan Tuas atau Woodlands.

Menurut LTA, RRC itu akan dikutip bersama-sama VEP, bayaran tol dan bayaran tetap Kadar Bayaran Elektronik (ERP) sebelum meninggalkan Pusat Pemeriksaan Tuas atau Woodlands.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan